Kerjaya Muaz Zabir

Muaz Zabir memulakan kerjaya sebagai jurulatih kecergasan selepas tamat pengajian. Beliau didekati oleh seorang klien yang meminta beliau menghadiri ujibakat lakonan di sebuah stesen televisyen. Muaz pernah menjadi pelakon tambahan, namun tidak diberikan skrip.[3]

Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Sewaktu menyertai Fit for Action, beliau berada di bawah kedudukan peserta sebanyak 2 kali sebelum tersingkir. Akan tetapi, beliau diberi peluang kedua melalui imuniti dan diserap semula ke pertandingan ini. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki, manakala Raden Zaharatul menjadi juara bagi kategori wanita.[3][4][5]

Selepas tamat rancangan itu, beliau berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Tentang Hati Dia dan Bukan Hanya Sekadar Cinta yang kedua-duanya disiarkan di TV3. Beliau juga menjadi pengacara rancangan Mbuzz.